RESOLUSIBAHAYA DADAH SINTETIK DAN ANCAMAN BAHAN PSIKOAKTIF BAHARU

RESOLUSI
BAHAYA DADAH SINTETIK DAN ANCAMAN BAHAN PSIKOAKTIF BAHARU

Oleh : YBhg Datuk Mohd Ridhwan Mohd ali

Pengerusi World Youth Foundation

Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia

Menyedari bahawa:

  1. Penyalahgunaan dadah sintetik dan bahan psikoaktif baharu (NPS) semakin meningkat, khususnya dalam kalangan belia dan pelajar.
  2. Sering dan mudah dipasarkan sebagai produk yang kelihatan “selamat” atau “sah”, sedangkan kesannya jauh lebih berbahaya, sukar dikesan dan boleh membawa maut.
  3. Sindiket dadah sentiasa mengubah formula kimia bagi mengelakkan penguatkuasaan undang-undang.

Maka kami bersepakat untuk mengemukakan resolusi berikut:

UTAMA : HARAMKAN VAPE DI MALAYSIA

Menyekat dan mengharam kan semua ekosistem dalam perniagaan VAPE 2

SENARAI NEGARA YANG TELAH HARAMKAN VAPE :

Countries identified as prohibiting the sale of e-cigarettes/vapes

Total: 38 negara

No.

Country

No.

Country

1

Argentina

20

Myanmar

2

Brazil

21

Nauru

3

Brunei Darussalam

22

Oman

4

Cabo Verde

23

Palau

5

Cambodia

24

Qatar

6

Cook Islands

25

Singapore

7

Ethiopia

26

Sri Lanka

8

Gambia

27

Suriname

9

Hong Kong (SAR)

28

Syria

10

India

29

Taiwan (China)

11

Iran

30

Thailand

12

Iraq

31

Timor-Leste

13

Kazakhstan

32

Turkey

14

Kyrgyzstan

33

Turkmenistan

15

Lao PDR

34

Uganda

16

Macau (SAR)

35

Uruguay

17

Mauritius

36

Uzbekistan

18

Mexico

37

Venezuela

19

Marshall Island

38

Viet Nam

Sumber Rujukan : KKM

SENARAI NEGERI YANG MELAKSANAKAN LARANGAN PENJUALAN ROKOK ELEKTRONIK ATAU VAPE
Kemas kini sehingga 10 Ogos 2026.

DIHARAM / LARANGAN JUALAN KUATKUASA

BIL

NEGERI

TARIKH KUATKUASA

CATATAN

1.

Johor

1-Jan-16

Larangan penjualan vape dikekalkan; tiada lesen penjualan dikeluarkan

2.

Kelantan

Sejak 2013

Tiada lesen perniagaan penjualan vape dikeluarkan

3.

Perlis

1-Aug-25

Larangan penjualan berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2025

4.

Terengganu

1-Aug-25

Larangan penjualan berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2025

5.

Kedah

1-Jan-26

Tiada pembaharuan lesen; larangan dilaksanakan selepas lesen sedia ada tamat

6.

Pahang

1-Jan-26

Tiada lesen baharu dan tiada pembaharuan lesen

7.

Perak

1-Jan-26

Tiada pembaharuan lesen mulai 1 Januari 2026; premis berlesen dibenarkan beroperasi sehingga lesen tamat

Sumber Rujukan : KKM

DALAM PROSES / PERBINCANGAN / PERTIMBANGAN

BIL

NEGERI

1.

Selangor

2.

Melaka

3.

Negeri Sembilan

4.

Pulau Pinang

Sumber Rujukan : KKM

TIADA LARANGAN RASMI DI PERINGKAT NEGERI

BIL

NEGERI

1.

Sabah

2.

Sarawak

3.

Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan)

Sumber Rujukan : KKM

MEMPERKUKUH PENCEGAHAN AWAL

  • Memperluaskan pendidikan mengenai bahaya dadah sintetik dan bahan psikoaktif baharu di semua institusi pendidikan melalui pendekatan berasaskan fakta, sains dan pengalaman sebenar.
  • Membudayakan gaya hidup sihat, aktif dan bebas daripada amalan merokok, vape serta penyalahgunaan dadah melalui program sukan, kesukarelawanan dan pembangunan sahsiah.
  • Mengadakan taklimat / seminar kempen tentang bahaya rokok dan vape.
  • Beriltizam menjadikan semua sekolah negeri Melaka sebagai persekitaran pembelajaran yang selamat, sihat, kondusif dan bebas daripada ancaman dadah sintetik, vape dan rokok demi melahirkan generasi madani yang berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing

MENINGKATKAN LITERASI DIGITAL

  • Menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan analitik data bagi mengesan corak pengedaran dadah secara dalam talian termasuk penggunaan kod, simbol dan bahasa tersirat oleh sindiket.
  • Memperkukuh kerjasama dengan syarikat media sosial dan penyedia platform digital untuk mengesan, menyekat dan menurunkan kandungan yang mempromosikan penjualan berkaitan dadah secara dalam talian.
  • Memperkasa kempen kesedaran di media sosial bagi membendung promosi dan penjualan dadah sintetik secara dalam talian.
  • Membantu masyarakat mengenalpasti taktik manipulasi, promosi dan penipuan berkaitan dadah dalam alam maya

MEMPERKUKUH PENGUATKUASAAN

  • Menambah baik mekanisme pemantauan terhadap pengedaran dadah sintetik termasuk melalui platform e-dagang, media sosial dan rangkaian gelap (dark web).
  • Tindakan bersepadu antara agensi penguatkuasaan dalam membanteras ekosistem pengedaran dan penyalahgunaan dadah.
  • Pengharaman jualan vape di Malaysia

MELETAKKAN PENGKELASAN BAHAN PSIKOAKTIF BAHARU DALAM AKTA DADAH MERBAHAYA , BUKAN AKTA RACUN

  • Memperkemas proses perundangan supaya bahan psikoaktif baharu dapat diwartakan sebagai bahan terlarang dengan lebih pantas supaya hukuman yang mandatori dapat dikenakan kepada pesalah

MENINGKATKAN KAPASITI FORENSIK DAN MEMPERKUKUH PENYELIDIKAN DAN INOVASI

  • Memperkasakan makmal forensik dan sistem amaran awal (Early Warning System) bagi mengenal pasti kemunculan dadah sintetik baharu.
  • Menggalakkan penyelidikan mengenai trend penggunaan bahan psikoaktif baharu, faktor risiko serta pembangunan teknologi pengesanan awal.

MEMPERKUKUH KERJASAMA ANTARA AGENSI, NGO, PERANAN KELUARGA SERTA KOMUNITI

  • Memperluaskan kerjasama operasi pemantauan dan tindakan antara AADK, PDRM, KKM, KPM, PUSPEN, Kastam, MCMC dan agensi berkaitan dalam perkongsian maklumat dan tindakan bersepadu.
  • Menjadikan ibu bapa, guru, NGO, pemimpin masyarakat dan Institusi Agama sebagai barisan hadapan dalam usaha pencegahan.

MEMPERLUASKAN RAWATAN DAN PEMULIHAN

  • Menyediakan perkhidmatan rawatan, pemulihan dan sokongan psikososial yang lebih mudah diakses khusus bagi pengguna dadah sintetik.
  • Mengadakan klinik berhenti merokok dan vape.
  • Mengadakan kaunseling bersama keluarga.
  • Memastikan setiap individu yang dikenal pasti berisiko meneria intervensi awal, bimbingan, kaunseling dan sokongan yang menyeluruh dengan kerjasama agensi berkaitan

MEMPERKASA KERJASAMA ANTARABANGSA

  • Memperkukuh kerjasama agensi antarabangsa, negara anggota ASEAN, United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) dan organisasi antarabangsa bagi membanteras penyeludupan serta perkongsian risikan mengenai dadah sintetik.
  • Kerjasama perkongsian risikan pengesanan dan melumpuhkan rangkaian sindiket dadah.
  • Meningkatkan operasi penguatkuasaan bersama melibatkan kawalan sempadan, pelabuhan, lapangan terbang dan laluan perdagangan bagi membanteras penyeludupan dadah.
  • Pelaksanaan program pendidikan dan kesedaran rentas negara, khususnya dalam kalangan belia melalui pertukaran kepakaran, latihan kepimpinan dan kempen pencegahan.
  • Menyokong pelaksanaan Konvensyen Antarabangsa berkaitan kawalan dadah dengan menghormati undang-undang negara masing-masing serta mengutamakan keselamatan, kesihatan awam dan hak asasi manusia.

PENUTUP RESOLUSI

Kami menyeru seluruh masyarakat, agensi kerajaan, institusi pendidikan, sektor swasta dan pertubuhan masyarakat untuk berganding bahu membina negeri dan negara yang bebas daripada ancaman dadah sintetik dan bahan psikoaktif baharu. Pendekatan menyeluruh yang merangkumi pencegahan, penguatkuasaan, rawatan, pemulihan, penyelidikan dan kerjasama antarabangsa adalah kunci dalam melindungi generasi masa depan serta menjamin kesejahteraan negara.

ZERO VAPE – HARAMKAN VAPE