{"id":844,"date":"2026-08-18T10:02:09","date_gmt":"2026-08-18T02:02:09","guid":{"rendered":"https:\/\/wyf.org.my\/?p=844"},"modified":"2026-08-18T10:11:11","modified_gmt":"2026-08-18T02:11:11","slug":"wyf-gesa-kerajaan-haramkan-penjualan-vape","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/wyf.org.my\/ms\/wyf-gesa-kerajaan-haramkan-penjualan-vape\/","title":{"rendered":"WYF Gesa Kerajaan Haramkan Penjualan Vape"},"content":{"rendered":"\t\t<div data-elementor-type=\"wp-post\" data-elementor-id=\"844\" class=\"elementor elementor-844\" data-elementor-post-type=\"post\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-e01f193 e-flex e-con-boxed e-con e-parent\" data-id=\"e01f193\" data-element_type=\"container\" data-e-type=\"container\">\n\t\t\t\t\t<div class=\"e-con-inner\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-ba39996 elementor-widget elementor-widget-text-editor\" data-id=\"ba39996\" data-element_type=\"widget\" data-e-type=\"widget\" data-widget_type=\"text-editor.default\">\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t<p>MELAKA, 10 Ogos (Bernama) &#8212; Yayasan Belia Dunia (WYF)\u00a0menggesa kerajaan mengharamkan penjualan vape di negara ini susulan peranti rokok elektronik itu dikenal pasti sering disalah guna dengan bahan terlarang seperti ganja, methamphetamine dan dadah sintetik lain.<\/p><p>Bercakap pada sidang media selepas \u201cForum Bahaya Dadah Sintetik dan\u00a0Ancaman Bahan Psikoaktif Baharu: Tren, Isu dan Penyelesaian\u201d\u00a0di sini hari ini, Pengerusi WYF Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata trend itu\u00a0menjadi ancaman utama kepada golongan muda terutama pelajar sekolah yang mudah terdedah dengan penggunaan vape.<\/p><p>&#8220;WYF menggesa kerajaan mengharamkan penjualan vape di negara ini dan ia merupakan\u00a0satu daripada resolusi utama yang dicapai pada forum hari ini.<\/p><p>&#8220;Kita akan membawa resolusi ini di peringkat kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan dan Kementerian Kesihatan dalam masa terdekat,&#8221; katanya selepas forum tersebut yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.&#8217;<\/p><p>Mohd Ridhwan berkata setakat ini, tujuh negeri iaitu Johor, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Pahang dan Perak telah mengharamkan penjualan vape dan Melaka diharap\u00a0mengikut jejak negeri berkenaan.<\/p><p>Beliau berkata selain itu, lebih 30 negara telah mengharamkan penjualan atau penggunaan vape termasuk\u00a0negara jiran Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.<\/p><p>Mohd Ridhwan berkata antara resolusi lain\u00a0dicapai dalam forum itu ialah memperkukuh pencegahan awal, termasuk memperluas pendidikan mengenai bahaya dadah sintetik dan bahan psikoaktif baharu di semua institusi pendidikan melalui pendekatan berasaskan fakta, sains dan pengalaman sebenar serta meningkatkan penganjuran taklimat, seminar atau kempen tentang bahaya rokok dan vape.<\/p><p>&#8220;Resolusi lain yang dicapai ialah meningkatkan literasi digital khususnya menggunakan kecerdasan buatan dan analitik data bagi mengesan corak pengedaran dadah secara dalam talian termasuk penggunaan kod, simbol dan bahasa tersirat oleh sindiket.<\/p><p>\u201cSelain itu, memperkukuh kerjasama dengan syarikat media sosial dan penyedia platform digital untuk mengesan, menyekat dan menurunkan kandungan mempromosikan penjualan berkaitan dadah secara dalam talian,\u201d katanya.<\/p><p>Beliau berkata WYF juga berharap mekanisme pemantauan terhadap pengedaran dadah sintetik termasuk melalui platform e-dagang, media sosial dan rangkaian gelap dapat dipertingkat\u00a0serta tindakan bersepadu antara agensi penguatkuasaan dalam membanteras ekosistem pengedaran dan penyalahgunaan dadah juga\u00a0diperhebat.<\/p><p>Mohd Ridhwan berkata\u00a0kerajaan juga diharap memperkasa kerjasama antarabangsa\u00a0antaranya dengan negara ASEAN dan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) dalam usaha \u00a0membanteras penyeludupan dadah serta perkongsian risikan mengenai dadah\u00a0sintetik termasuk melibatkan kawalan sempadan, pelabuhan, lapangan terbang dan laluan perdagangan.<\/p><p>&#8212; BERNAMA<\/p>\t\t\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MELAKA, 10 Ogos (Bernama) &#8212; Yayasan Belia Dunia (WYF)\u00a0menggesa kerajaan mengharamkan penjualan vape di negara ini susulan peranti rokok elektronik itu dikenal pasti sering disalah guna dengan bahan terlarang seperti ganja, methamphetamine dan dadah sintetik lain. Bercakap pada sidang media selepas \u201cForum Bahaya Dadah Sintetik dan\u00a0Ancaman Bahan Psikoaktif Baharu: Tren, Isu dan Penyelesaian\u201d\u00a0di sini hari [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":846,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[11],"tags":[],"class_list":["post-844","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized-ms"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/wyf.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/844","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/wyf.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/wyf.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/wyf.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/wyf.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=844"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/wyf.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/844\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":850,"href":"https:\/\/wyf.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/844\/revisions\/850"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/wyf.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/846"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/wyf.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=844"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/wyf.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=844"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/wyf.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=844"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}