RESOLUSI
BAHAYA DADAH SINTETIK DAN ANCAMAN BAHAN PSIKOAKTIF BAHARU
Oleh : YBhg Datuk Mohd Ridhwan Mohd ali
Pengerusi World Youth Foundation
Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia
Menyedari bahawa:
- Penyalahgunaan dadah sintetik dan bahan psikoaktif baharu (NPS) semakin meningkat, khususnya dalam kalangan belia dan pelajar.
- Sering dan mudah dipasarkan sebagai produk yang kelihatan “selamat” atau “sah”, sedangkan kesannya jauh lebih berbahaya, sukar dikesan dan boleh membawa maut.
- Sindiket dadah sentiasa mengubah formula kimia bagi mengelakkan penguatkuasaan undang-undang.
Maka kami bersepakat untuk mengemukakan resolusi berikut:
UTAMA : HARAMKAN VAPE DI MALAYSIA
Menyekat dan mengharam kan semua ekosistem dalam perniagaan VAPE 2
SENARAI NEGARA YANG TELAH HARAMKAN VAPE :
Countries identified as prohibiting the sale of e-cigarettes/vapes
Total: 38 negara
No. | Country | No. | Country |
1 | Argentina | 20 | Myanmar |
2 | Brazil | 21 | Nauru |
3 | Brunei Darussalam | 22 | Oman |
4 | Cabo Verde | 23 | Palau |
5 | Cambodia | 24 | Qatar |
6 | Cook Islands | 25 | Singapore |
7 | Ethiopia | 26 | Sri Lanka |
8 | Gambia | 27 | Suriname |
9 | Hong Kong (SAR) | 28 | Syria |
10 | India | 29 | Taiwan (China) |
11 | Iran | 30 | Thailand |
12 | Iraq | 31 | Timor-Leste |
13 | Kazakhstan | 32 | Turkey |
14 | Kyrgyzstan | 33 | Turkmenistan |
15 | Lao PDR | 34 | Uganda |
16 | Macau (SAR) | 35 | Uruguay |
17 | Mauritius | 36 | Uzbekistan |
18 | Mexico | 37 | Venezuela |
19 | Marshall Island | 38 | Viet Nam |
Sumber Rujukan : KKM
SENARAI NEGERI YANG MELAKSANAKAN LARANGAN PENJUALAN ROKOK ELEKTRONIK ATAU VAPE
Kemas kini sehingga 10 Ogos 2026.
DIHARAM / LARANGAN JUALAN KUATKUASA
BIL | NEGERI | TARIKH KUATKUASA | CATATAN |
| 1. | Johor | 1-Jan-16 | Larangan penjualan vape dikekalkan; tiada lesen penjualan dikeluarkan |
| 2. | Kelantan | Sejak 2013 | Tiada lesen perniagaan penjualan vape dikeluarkan |
| 3. | Perlis | 1-Aug-25 | Larangan penjualan berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2025 |
| 4. | Terengganu | 1-Aug-25 | Larangan penjualan berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2025 |
| 5. | Kedah | 1-Jan-26 | Tiada pembaharuan lesen; larangan dilaksanakan selepas lesen sedia ada tamat |
| 6. | Pahang | 1-Jan-26 | Tiada lesen baharu dan tiada pembaharuan lesen |
| 7. | Perak | 1-Jan-26 | Tiada pembaharuan lesen mulai 1 Januari 2026; premis berlesen dibenarkan beroperasi sehingga lesen tamat |
Sumber Rujukan : KKM
DALAM PROSES / PERBINCANGAN / PERTIMBANGAN
BIL | NEGERI |
| 1. | Selangor |
| 2. | Melaka |
| 3. | Negeri Sembilan |
| 4. | Pulau Pinang |
Sumber Rujukan : KKM
TIADA LARANGAN RASMI DI PERINGKAT NEGERI
BIL | NEGERI |
| 1. | Sabah |
| 2. | Sarawak |
| 3. | Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) |
Sumber Rujukan : KKM
MEMPERKUKUH PENCEGAHAN AWAL
- Memperluaskan pendidikan mengenai bahaya dadah sintetik dan bahan psikoaktif baharu di semua institusi pendidikan melalui pendekatan berasaskan fakta, sains dan pengalaman sebenar.
- Membudayakan gaya hidup sihat, aktif dan bebas daripada amalan merokok, vape serta penyalahgunaan dadah melalui program sukan, kesukarelawanan dan pembangunan sahsiah.
- Mengadakan taklimat / seminar kempen tentang bahaya rokok dan vape.
- Beriltizam menjadikan semua sekolah negeri Melaka sebagai persekitaran pembelajaran yang selamat, sihat, kondusif dan bebas daripada ancaman dadah sintetik, vape dan rokok demi melahirkan generasi madani yang berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing
MENINGKATKAN LITERASI DIGITAL
- Menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan analitik data bagi mengesan corak pengedaran dadah secara dalam talian termasuk penggunaan kod, simbol dan bahasa tersirat oleh sindiket.
- Memperkukuh kerjasama dengan syarikat media sosial dan penyedia platform digital untuk mengesan, menyekat dan menurunkan kandungan yang mempromosikan penjualan berkaitan dadah secara dalam talian.
- Memperkasa kempen kesedaran di media sosial bagi membendung promosi dan penjualan dadah sintetik secara dalam talian.
- Membantu masyarakat mengenalpasti taktik manipulasi, promosi dan penipuan berkaitan dadah dalam alam maya
MEMPERKUKUH PENGUATKUASAAN
- Menambah baik mekanisme pemantauan terhadap pengedaran dadah sintetik termasuk melalui platform e-dagang, media sosial dan rangkaian gelap (dark web).
- Tindakan bersepadu antara agensi penguatkuasaan dalam membanteras ekosistem pengedaran dan penyalahgunaan dadah.
- Pengharaman jualan vape di Malaysia
MELETAKKAN PENGKELASAN BAHAN PSIKOAKTIF BAHARU DALAM AKTA DADAH MERBAHAYA , BUKAN AKTA RACUN
- Memperkemas proses perundangan supaya bahan psikoaktif baharu dapat diwartakan sebagai bahan terlarang dengan lebih pantas supaya hukuman yang mandatori dapat dikenakan kepada pesalah
MENINGKATKAN KAPASITI FORENSIK DAN MEMPERKUKUH PENYELIDIKAN DAN INOVASI
- Memperkasakan makmal forensik dan sistem amaran awal (Early Warning System) bagi mengenal pasti kemunculan dadah sintetik baharu.
- Menggalakkan penyelidikan mengenai trend penggunaan bahan psikoaktif baharu, faktor risiko serta pembangunan teknologi pengesanan awal.
MEMPERKUKUH KERJASAMA ANTARA AGENSI, NGO, PERANAN KELUARGA SERTA KOMUNITI
- Memperluaskan kerjasama operasi pemantauan dan tindakan antara AADK, PDRM, KKM, KPM, PUSPEN, Kastam, MCMC dan agensi berkaitan dalam perkongsian maklumat dan tindakan bersepadu.
- Menjadikan ibu bapa, guru, NGO, pemimpin masyarakat dan Institusi Agama sebagai barisan hadapan dalam usaha pencegahan.
MEMPERLUASKAN RAWATAN DAN PEMULIHAN
- Menyediakan perkhidmatan rawatan, pemulihan dan sokongan psikososial yang lebih mudah diakses khusus bagi pengguna dadah sintetik.
- Mengadakan klinik berhenti merokok dan vape.
- Mengadakan kaunseling bersama keluarga.
- Memastikan setiap individu yang dikenal pasti berisiko meneria intervensi awal, bimbingan, kaunseling dan sokongan yang menyeluruh dengan kerjasama agensi berkaitan
MEMPERKASA KERJASAMA ANTARABANGSA
- Memperkukuh kerjasama agensi antarabangsa, negara anggota ASEAN, United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) dan organisasi antarabangsa bagi membanteras penyeludupan serta perkongsian risikan mengenai dadah sintetik.
- Kerjasama perkongsian risikan pengesanan dan melumpuhkan rangkaian sindiket dadah.
- Meningkatkan operasi penguatkuasaan bersama melibatkan kawalan sempadan, pelabuhan, lapangan terbang dan laluan perdagangan bagi membanteras penyeludupan dadah.
- Pelaksanaan program pendidikan dan kesedaran rentas negara, khususnya dalam kalangan belia melalui pertukaran kepakaran, latihan kepimpinan dan kempen pencegahan.
- Menyokong pelaksanaan Konvensyen Antarabangsa berkaitan kawalan dadah dengan menghormati undang-undang negara masing-masing serta mengutamakan keselamatan, kesihatan awam dan hak asasi manusia.
PENUTUP RESOLUSI
Kami menyeru seluruh masyarakat, agensi kerajaan, institusi pendidikan, sektor swasta dan pertubuhan masyarakat untuk berganding bahu membina negeri dan negara yang bebas daripada ancaman dadah sintetik dan bahan psikoaktif baharu. Pendekatan menyeluruh yang merangkumi pencegahan, penguatkuasaan, rawatan, pemulihan, penyelidikan dan kerjasama antarabangsa adalah kunci dalam melindungi generasi masa depan serta menjamin kesejahteraan negara.
ZERO VAPE – HARAMKAN VAPE

